Maka kaum lelaki Kiryat-Yearim datang mengangkut tabut TUHAN lalu membawanya ke rumah Abinadab di bukit dan mentahbiskan Eleazar, anaknya, untuk menjaga tabut TUHAN itu.
Maka lamalah tabut itu berada di Kiryat-Yearim, iaitu selama dua puluh tahun lalu dalam tempoh itu seluruh keturunan kaum Israel meratap dan rindu akan TUHAN.
1 Samuel 7:1-2
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Rumah Abinadap"
Bab 7 kitab 1 Samuel bersambung kisah tabut TUHAN yang dirampas orang Filistin semasa perang (1 Sam.4:11).
Tabut dikembalikan kepada orang Israel, di Bet-Semes tidak lama di sana kerana orang Bet-Semes melihat ke dalam tabut itu, TUHAN membunuh mereka yang berbuat demikian (1 Sam.6:19) dihantar pula ke Kiryat-Yearim lalu dibawa ke rumah Abinadap di bukit (ay.1).
Kenapa di rumah Abinadap mungkin rumahnya luas, dia seorang yang warak atau sebab menawarkan diri, tidak disebut dalam teks.
Bukan sekejap tetapi dua puluh tahun (ay.2).
Hari ini tabut TUHAN ada rumah kita masing-masing, iaitu iman kita kepada TUHAN Yesus.
Bagaimana kita menjaga tabut itu, Abinadap sudah tentu menjaga kekudusan mereka sekeluarga, jiran atau orang Isreal yang datang berkunjung dijaga kekudusan oleh mereka ibarat para imam yang melayani di bait suci.
Begitulah sepatutnya rumah kita dijaga seperti rumah Abinadap.
Semoga kita seperti rumah Abinadap tempat diletakkan tabut TUHAN.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat menjaga rumah kami seperti rumah Abinadap.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 14.1.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment