Eli sudah sangat tua. Dia mendengar segala sesuatu yang dilakukan anak-anaknya terhadap semua orang Israel dan bahawa mereka tidur dengan perempuan-perempuan yang menunaikan tugas di muka pintu Khemah Pertemuan. Katanya kepada mereka, “Mengapakah kamu melakukan hal-hal semacam itu? Kudengar khabar tentang segala kejelikan perbuatan kamu terhadap seluruh umat itu.”
1 Samuel 2:22-23
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Kejelikan perbuatan"
Bab 2 kitab 1 Samuel ada beberapa perikop yang diceritakan yang pertama nyanyian kesyukuran Hana ibu Samuel (ay.1-10) dahulu dia mandul sekarang di beri 4 orang anak lelaki dan 2 orang perempuan (ay.21).
Kebaikan imam Eli yang memberkati keluarga Elkana patut dipuji (ay.20) dan kesudian menerima Samuel sebagi anak didik di Rumah TUHAN walaupun bukan keturunan orang Lewi (ay.11).
Tetapi kejahatan dua orang anak imam Eli yang menjadi masalah besar, sehingga mengundang hukuman TUHAN (ay.27-36).
Imam Eli tahu kejahatan itu dan sudah menegur tetapi anak-anaknya tidak mahu bertaubat daripada
segala kejelikan perbuatan terhadap seluruh umat Israel (ay.23).
Bukan saja tidak mengajar hukum Taurat malah melanggar hukum itu, apa lagi rakyat biasa pada zaman itu.
Hari ini para pelayan TUHAN jauhi segala kejelikan perbuatan supaya kita tidak dihukum TUHAN.
Semoga kita tidak seperti anak-anak imam Eli yang melakukan segala kejelikan perbuatan di hadapan jemaah.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat bertaubat daripada kejahatan kami.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 9.1.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment