Apabila Samuel sudah tua, dia melantik anak-anaknya untuk menjadi hakim kepada orang Israel. Anaknya yang sulung bernama Yo'el, dan yang kedua Abia. Mereka menjadi hakim di Bersyeba. Namun begitu, pekerti mereka bukan sahaja tidak seperti bapa mereka, malahan mereka tidak hidup mengikuti jejaknya. Mereka menyimpang demi mengejar laba dan mereka menerima rasuah serta memutarbalikkan keadilan. 1 Samuel 8:1-3 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Mereka menerima rasuah" Bab 8 kitab 1 Samuel, kisah anak-anak Samuel yang dia lantik menjadi hakim di Bersyeba, tetapi pekerti mereka tidak seperti Samuel malah hidup mengejar laba, menerima rasuah dan memutarbalikkan keadilan (ay.1-3). Rakyat mengeluh dan mendesak agar mereka diberikan raja seperti bangsa lain (ay.4). Agaknya kalau anak-anak Samuel mengikuti jejak bapa mereka yang baik itu rakyat tidak perlu seorang raja, dan mereka pula boleh terus menjadi hakim. Tetapi kepimpinan hakim seperti yang dikisahkan dalam kitab Hakim-Hakim bersikap sementara tidak bersifat monarki dan hanya diakui pada suku tertentu tidak kepada semua suku Isreal. Ditambah lagi sikap sesetengah hakim yang menyeleweng seperti meminta rasuah, membuat patung sembahan, bermain-main dengan dosa dan sebagainya. Semoga kita tidak seperti anak-anak Samuel mereka meminta rasuah dalam pelayanan. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak meminta rasuah. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 15.1.2026.

Comments

Popular Posts