Akhirnya dia sendiri pergi ke Rama. Sesampainya dia di perigi besar di Sekhu, bertanyalah dia, “Di manakah Samuel dan Daud?” Jawab seseorang, “Ada di Nayot, dekat Rama.” Dia pergi ke sana, ke Nayot, dekat Rama, dan Roh Allah turun ke atasnya juga. Sambil terus berjalan dia bernubuat seperti nabi sampai tiba di Nayot, dekat Rama.
1 Samuel 19:22-23
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Bernubuat seperti nabi"
Bab 19 kitab 1 Samuel kisah Saul berusaha membunuh Daud, memaksa Daud melarikan diri kepada Samuel di Rama kemudian mereka pergi ke Nayot dekat Rama (ay.18).
Saul mengutus beberapa orang suruhan untuk menangkap dan membawa Daud tetapi ketika mereka bertemu rombongan nabi yang diketuai Samuel, Roh TUHAN turun kepada mereka dan bernubuat seperti nabi (ay.20), tiga kali Saul mengutus orang suruhan tetapi setiap kali itu jugalah yang berlaku.
Akhirnya dia sendiri ke Nayot, pun itu juga yang berlaku Roh TUHAN turun ke atas Saul dia juga bernubuat seperti nabi (ay.23).
Niat jahat Saul untuk membunuh Daud tetapi menjadi seseorang seperti nabi kerana Roh TUHAN.
Hari ini begitu banyak niat jahat manusia dalam hati tetapi Roh TUHAN yang menukar itu menjadi baik malah seperti nabi.
Mungkin inilah yang berlaku kepada para pelayan TUHAN dalam gereja seperti nabi di luar berbeza.
Semoga kita bernubuat seperti nabi niat jahat tidak berlaku lagi.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 27.1.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment