Lalu diubahnya tingkah lakunya di hadapan mata mereka dan berpura-pura gila apabila dekat dengan mereka. Dia menggores-gores daun pintu gerbang dan membiarkan air liurnya meleleh ke janggutnya. Kata Akhis kepada para pegawainya, “Tengoklah, orang ini gila. Mengapa kamu membawa dia kepadaku? Adakah aku kekurangan orang gila sehingga kamu membawa orang ini untuk menunjukkan kegilaannya di hadapanku? Patutkah orang ini masuk ke dalam rumahku?” 1 Samuel 21:13-15 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi hari ini kita belajar tema "Orang ini gila" Bab 21 kitab 1 Samuel kisah pelarian Daud daripada Saul bermula, sampailah dia di Nob tempat iman Ahimelekh (ay.1), tidak pasti berapa banyak tempat ibadah orang Isreal pada zaman itu. Selepas makan roti suci di sana dan meminta pedang Goliat yang dia bunuh (1 Sam.17:50-51). Dia pun meneruskan perjalan sehingga tiba di kota orang Filistin iaitu Gat (ay.10), di sana dia dikenali, bahawa dia ialah Daud yang dipuji lebih-lebih oleh para penyanyi perempuan (ay.11). Daud merasa takut dia pun berpura-pura gila (ay.13). Ketika dibawa kepada Akhis raja orang Gat, dia mengatakan "orang ini gila" (ay.14). Begitulah Daud melepaskan diri dari Ahkis agar tidak dibunuh, ada saja cara untuk melepaskan diri termasuk berpura-pura gila kalau terdesak, sebab itu kalau boleh elakkan dalam keadaan terdesak supaya tidak melakukan sesuatu yang bodoh. Semoga kita tidak terdesak sehingga orang mengatakan "orang ini gila" Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak terdesak sehingga menjadi gila atau pura-pura gila. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 28.1.2026.

Comments

Popular Posts