Lalu Saul menyuruh orang untuk menemui Isai dan berkata, “Biarlah Daud tetap berkhidmat kepadaku, kerana aku menyukainya.” Jadi, apabila roh jahat yang diizinkan Allah itu datang kepada Saul, maka Daud akan mengambil kecapi dan memetiknya. Setelah itu, Saul akan berasa lega dan nyaman, lalu roh jahat itu pun menjauhinya. 1 Samuel 16:22-23 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Lega dan nyaman" Bab 16 kitab 1 Samuel bermula watak Daud, ia dipilih oleh TUHAN bakal raja orang Israel, mungkin umurnya pada masa diurapi oleh Samuel dalam belasan tahun (ay.12-13), TUHAN tahu potensi yang ada pada Daud bukan pada fizikal tetapi pada hatinya (ay.7). Atau dengan kata lain dilihat pada perangainya. Saul pula Roh TUHAN menjauhi dia dan pada masa yang sama dia diganggu roh jahat (ay.14). Mungkin pada zaman sekarang Saul mengalami stress sehingga menyebabkan ada anxiety. Sebab itu dia perlu ditenangkan oleh alunan muzik. Kebetulan pula Daud pandai bermain muzik. Dipanggillah dia bekerja untuk Saul sebagi penghibur ketika Saul diganggu roh jahat. Mendengar muzik Saul akan berasa lega dan nyaman, roh jahat pun menjauhi dia (ay.23). Hari ini kita pun perlu rasa lega dan nyaman supaya roh jahat menjauhi, mungkin itu stress, anxiety, kemurungan, prasangka, cembur dan macam-macam lagi fikir roh jahat yang menggangu. Carilah cara melegakan dan menyamankan diri supaya roh jahat menjauhi. Semoga kita berasa lega dan nyaman ketika mendengar alunan muzik rohani. Doa: Tuhan Yesus berikan kami rasa lega dan nyaman setiap hari. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 23.1.2026.

Comments

Popular Posts