Mana-mana orang Ibrani yang sebelumnya menyertai orang Filistin dan maju bersama-sama orang Filistin ke perkhemahan itu dari daerah sekitar, berpaling lalu turut pula bergabung dengan orang Israel yang menyertai Saul dan Yonatan. 1 Samuel 14:21 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Menyertai orang Filistin" Bab 14 kitab 1 Samuel kisah perang yang diketuai raja Saul dan anaknya Yonatan. Yonatan seorang yang berani tetapi dalam masa yang sama bertentangan dengan bapanya. Dia bertindak sendirian hanya bersama pembawa senjatan mendekati pasukan Filistin, tindakan itu menyebab musuh kucar-kacir (ay.14-15). Orang Israel yang menyertai pasukan Filistin kembali kepada pasukan Israel (ay.21). Pengkhianat ada di mana-mana boleh jadi orang yang paling kita percaya atau orang yang tidak dikenali. Kerajaan beraja Israel baharu sahaja ditubuhkan tetapi sudah ada pengkhianat. Semoga kita tidak seperti orang Israel yang menyertai orang Filistin mengkhianati bangsa dan negaranya. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak menyertai musuh yang ingin menghancurkan gereja-Mu. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 21.1.2026.

Comments

Popular Posts