Maka Daud dan orangnya, kira-kira enam ratus orang banyaknya, segera keluar dari Kehila dan pergi ke mana-mana sahaja mereka dapat pergi. Saul tidak jadi pergi setelah diberitahukan kepadanya bahawa Daud telah melarikan diri dari Kehila. Daud tinggal di gurun, di dalam kubu-kubu pertahanan. Dia tinggal di pergunungan, di Gurun Zif. Setiap hari Saul mencari dia, tetapi Allah tidak menyerahkan Daud ke dalam tangannya. 1 Samuel 23:13-14 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Setiap hari Saul mencari Daud" Bab 23 kitab 1 Samuel bersambung lagi kisah Saul mencari Daud untuk dibunuh. Kawasan Daud tidak luas, malah TUHAN sendiri menyuruh dia ke kawasan tanah Yehuda (1Sam.22:5) berdekatan dengan kawasan Saul. Dalam pada masa itu Daud dan pasukannya yang lebih kurang 600 orang berjaya menyelamat kota Kehila atas petunjuk TUHAN (ay.4-5) tetapi diketahui Saul bahawa Daud di sana, dia mahu memusnahkan kota Kehila kerana Daud (ay.10). Daud pun meninggalkan kota Kehila. Begitulah keadaan setiap hari Saul mencari Daud untuk dibunuh (ay.14) tetapi TUHAN tidak menyerahkan Daud ke dalam tangannya. Iblis pun seperti Saul setiap hari mencari kita mahu diserangnya, seperti singa mencari orang untuk ditelan kata Petrus (1 Pet.5:8). Semoga kita berwaspada sebab setiap hari Saul mencari Daud untuk dibunuh, kitalah Daud dan Saul itu iblis yang mahu menelan kita. Doa: Tuhan Yesus kuatkan supaya dapat mengalahkan godaan iblis setiap hari. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 30.1.2026.

Comments

Popular Posts