Keesokan harinya, pada hari kedua dalam bulan itu, tempat Daud masih kosong juga. Maka Saul bertanya kepada Yonatan, anaknya, “Mengapa anak Isai itu tidak datang makan, baik kelmarin mahupun hari ini?” Jawab Yonatan kepada Saul, “Daud meminta dengan sungguh-sungguh kepadaku supaya dia diizinkan pergi ke Betlehem.” 1 Samuel 20:27-28 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Mengapa anak Isai itu tidak datang makan" Bab 20 kitab 1 Samuel kisah Saul mencari Daud di meja makan raja, pada perayaan bulan baharu (ay.5) pada hari kedua perayaan itu masih juga dia tidak ada di tempat duduknya, Saul bertanya "mengapa anak Isai itu tidak datang makan baik kelmarin mahupun hari ini? (ay.27). Sedangkan sebelum itu Saul hendak menangkap Daud di Nayot (bab 19), masakan Daud datang makan bersama dengannya, bukankah itu menempah maut. Dalam bahasa perubatan Saul ada kecelaruan emosi, sekejap baik sejak jahat dan mahu membunuh dalam bahasa Alkitab itu akibat diganggu oleh roh jahat. Yonatan sendiri dimarahi selepas dia memberi tahu Daud pulang ke Betlehem untuk perayaan bulan baharu (ay.28-29). Malah Yonatan dilempari tombak kerana bertanya kenapa Daud perlu dibunuh apa yang telah dia lakukan (ay 32,33). Hari ini perayaan keluarga masih juga penting, kalau tidak dapat hadir boleh menyingung perasaan seluruh keluarga besar. Tetapi ramai yang tidak peka terhadap acara itu. Kalau ada seperti Saul bukankah susah kita dibuatnya. Semoga kita tidak ditanya oleh raja Saul "Mengapa anak Isai itu tidak datang makan?" Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya ada kekuatan terus kekal dalam kerusi tempat makan kami di surga walaupun diancam oleh Iblis dengan tombak. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 27.1.2026.

Comments

Popular Posts