Jawab pembawa khabar itu, “Orang Israel kalah teruk dan lari dari hadapan orang Filistin, bahkan ramai warga kita yang terkorban. Kedua-dua orang anak tuan, Hofni dan Pinehas, mati juga dan tabut Allah telah dirampas oleh musuh.”
Apabila dikhabarkan fasal tabut perjanjian Allah itu, jatuhlah Eli telentang dari kerusi di sebelah pintu gerbang, batang lehernya patah lalu matilah dia yang gemuk dan sudah begitu lanjut usia. Selama empat puluh tahun dia memerintah sebagai hakim kepada orang Israel.
1 Samuel 4:17-18
Konsapatan dan selamat beribadah, hari ini kita belajar tema "Tabut TUHAN dirampas"
Bab 4 kitab 1 Samuel kisah perang terjadi antara orang Filistin dengan orang Israel, orang Israel mengalami kekalahan teruk malah tabut TUHAN pun dirampas oleh orang Filistin, kedua-dua anak imam Eli juga terbunuh (ay.17). Imam Eli juga meninggalkan saat mendengar khabr duka itu (ay.18), isteri imam Pinehas juga meninggalkan ketika melahirkan anak (ay.20).
Hukuman TUHAN mula berlaku seperti yang dikatakan-Nya kepada Samuel (1Sam.2:11-14) dan kepada hamba TUHAN itu (1Sam.2:27-36).
Akibat dosa para imam tabut TUHAN juga dirampas, hilang kemuliaan TUHAN di Silo malah seluruh Israel (ay.23).
Salah satu kekuatiran saya sendiri kalau generasi yang akan datang tidak setia lagi kepada TUHAN, gereja juga akan kehilangan tabut TUHAN, iaitu kuasa damai sejahtera yang dibawa oleh gereja.
Semoga kita semua meninggalkan kejahatan supaya jangan tabut TUHAN dirampas oleh iblis.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat menjaga kelakuan kami supaya tabut TUHAN kekal di gereja.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 11.1.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment