Samuel semakin besar. TUHAN menyertainya dan tidak membiarkan satu pun daripada firman-Nya yang disampaikan melaluinya tergugur. Maka seluruh Israel, dari Dan sampai Bersyeba, tahu bahawa jawatan nabi TUHAN sudah disahkan kepada Samuel. TUHAN kembali menampakkan diri di Silo, dan melalui firman-Nya, TUHAN menyatakan diri-Nya kepada Samuel di Silo.
1 Samuel 3:19-21
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Jawatan nabi TUHAN"
Bab 3 kitab 1 Samuel kisah TUHAN berkata-kata kepada Samuel yang pada mulanya disangka imam Eli yang memanggilnya (ay.1-14).
Suara hati atau suara TUHAN memang sukar dibezakan tetapi biasanya suara TUHAN membuat seseorang menangis itu pengalaman saya.
Samuel masih muda ketika pertama kali mendengar suara TUHAN, mungkin 8-12 tahun.
Dalam penglihatan suara TUHAN itu TUHAN menyatakan hukuman kekal kepada keluarga imam Eli selama-lamanya kerana dosa anak-anaknya itu tidak dapat dihapuskan dengan korban binatang (ay.13-14).
Imam Eli hanya pasra kepada TUHAN tidak berusaha memohon belas kasih TUHAN atau berusaha sebaik mungkin mencegah dua orang anaknya berbuat dosa lagi. Ancaman hukuman TUHAN satu amaran supaya keluarga imam bertaubat.
Selepas penglihatan suara TUHAN itu Samuel disahkan nabi TUHAN oleh rakyat dari Dan sampai Bersyeba, TUHAN kembali menampakkan diri di Silo melalui firman-Nya (ay.21).
Hari ini TUHAN masih berfirman kepada kita secara peribadi atau melalui para hamba TUHAN. Jawatan nabi TUHAN masih ada walaupun kita tidak panggil mereka nabi tetapi dipanggil penginjil , tumpuk, gembala, pastor atau pendeta dalam konteks gereja PCS.
Semoga gereja kita ada jawatan nabi TUHAN seperti Samuel.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya mengenal jawatan nabi TUHAN dalam gereja kami.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 10.1.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment