Sesudah itu Samuel pulang ke Rama, sedangkan Saul pulang ke rumahnya di Gibea, kota Saul. Samuel tidak melihat Saul lagi sampai hari kematiannya, kerana Samuel berdukacita atas Saul. Hati TUHAN pun masyghul kerana Dia telah mengangkat Saul untuk menjadi raja atas orang Israel. 1 Samuel 15:34-35 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Hati TUHAN pun masyghul" Bab 15 kitab 1 Samuel kisah kali kedua ketidak patuhan Saul terhadap TUHAN yang pertama dalam bab 13:13. Alasan yang sama Saul takut kehilangan sokongan rakyat berbanding mematuhi perintah TUHAN. Perintah TUHAN ialah tumpaskan semua orang Amalek termasuk harta benda dan ternak (ay.3). Tetapi Saul mengambil kawanan domba dan lembu yang terbaik (ay.15). Samuel sangat kesal malah hati TUHAN sendiri masyghul kerana telah mengangkat Saul menjadi raja atas Israel (ay.35). Hari ini dosa Saul masih berlaku dalam gereja, malah kita menikmati pelangaran itu sebab takut hilang sokongan jemaah dan memutar balik kebenaran konon untuk kemuliaan TUHAN. Semoga kita tidak menyebabkan hati TUHAN pun masyghul kerana Dia telah mengangkat kita jadi pemimpin. Doa: Tuhan Yesus tolong kami yang lemah ini, supaya tidak menyebabkan hati-Mu masyghul. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 22.1.2026.

Comments

Popular Posts