Pada waktu itu tidak ada seorang pun tukang besi di seluruh bumi Israel, kerana orang Filistin berkata, “Jangan sampai orang Ibrani membuat pedang atau tombak.” Oleh itu, sewaktu peperangan itu tidak ada sebilah pedang atau sebatang tombak pun di tangan seluruh pasukan yang menyertai Saul dan Yonatan. Hanya Saul dan Yonatan, anaknya, yang memilikinya. 1 Samuel 13:19, 22 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Tukang besi" Bab 13 kitab 1 Samuel kisah kejatuhan raja Saul sebab tidak mampu menunggu Samuel di Gilgal untuk mempersembahkan korban bakaran selepas 7 hari, pasukan yang bersama Saul pula bercerai-berai meninggalkannya kerana tidak boleh menunggu (ay.8). Tidak pasti kenapa tidak memanggil imam untuk mengupacarakan korban bakaran sebab Samuel sendiri bukanlah imam dia hakim dan nabi atau mungkin sebab dia nabi boleh mengupacarakan korban bakaran. Pada zaman itu orang Isreal dikatakan tidak ada tukang besi (ay.19), pasukan yang bersama raja Saul tanpa sebilah pedang atau tombak di tangan mereka kecuali raja Saul dan Yonatan anaknya (ay.22). Boleh dikatakan memiliki tukang besi pada zaman itu satu pencapaian yang mendahului kerajaan lain dan mudahlah memenangi peperangan. Hari ini menguasi teknologi terkini mala mendahului yang lain menjadi kekuatan dalam banyak bidang, mampu menguasi kerajaan lain di dunia. Ibarat tukang besi pada zaman raja Saul. Semoga anak-anak kita menjadi tukang besi iaitu menguasi teknologi terkini. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat menguasi teknologi. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 20.1.2026.

Comments

Popular Posts