Kemudian berkatalah umat itu kepada Samuel, “Siapakah yang dahulunya berkata, ‘Mana boleh Saul bertakhta terhadap kita?’ Serahkanlah mereka itu. Akan kami bunuh mereka.” Tetapi kata Saul, “Tiada seorang pun boleh dibunuh pada hari ini, kerana pada hari ini penyelamatan TUHAN telah dikurniakan kepada Israel.” Maka kata Samuel kepada bangsa itu, “Marilah kita pergi ke Gilgal dan membaharui jawatan raja di sana.” Lalu pergilah seluruh bangsa itu ke Gilgal. Di Gilgal itu, di hadapan TUHAN, mereka menobatkan Saul untuk menjadi raja, dan mempersembahkan korban kedamaian maka bersukacitalah Saul berserta semua orang Israel di sana. 1 Samuel 11:12-15 Konsapatan dan selamat beribadah hari ini kita belajar tema "Membaharui jawatan raja" Bab 11 kitab 1 Samuel kisah penduduk Yabesh-Gilead di kepung oleh Nahas orang Amon. Mereka diancam diserang dan kalau berdamai pun Nahas mahu mencugkil sebelah mata orang Yabesh-Gilead. Maka mereka meminta tempoh 7 hari memohon bantuan dari orang Israel yang lain (ay.1-3). Khabar itu sampai di kota Gibea kota Saul, ketika Saul mendengar itu Roh TUHAN menguasainya, bangkitlah amarahnya menyala-nyala dengan kuat (ay.6). Atas pemimpin Saul orang Israel berjaya mengalahkan Nahas orang Amon itu (ay.11). Berkatalah rakyat kepada Samuel mereka mahu membunuh orang yang meremehkan Saul di Mizpa tempoh hari (1 Sam.10:27). Tetapi Saul tidak mahu rakyat yang dibunuh pada hari itu (ay.13). Ciri pemimpin yang baik, tidak balas dendam. Samuel kemudian mengajak rakyat berkumpul di Gilgal membaharui jawatan raja di sana (ay.14). Samuel mahu rakyat betul-betul menerima Saul sebagai raja mereka. Bukan mudah semua orang menerima kepimpin seseorang mesti ada saja yang menolak. Semoga upacara membaharui jawatan raja rakyat menerima Saul sebagai raja mereka, bagi kita Tuhan Yesus ialah raja kita dan dibaharui atau diingatkan setiap kali mengambil bahagian dalam Perjamuan Kudus. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dibaharui iman kami kepada-Mu setiap hari. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 18.1.2026.

Comments

Popular Posts