Pada waktu itu pulanglah orang Israel dari sana kepada suku dan kaum mereka, ke harta pusaka masing-masing. Pada zaman itu tiada raja yang memerintah orang Israel. Setiap orang melakukan apa yang dianggap benar menurut pandangan sendiri. Hakim-Hakim 21:24-25 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Benar menurut pandangan sendiri" Bab 21 kitab Hakim-Hakim merupakan pentup, tema utama yang dicuba ditonjolkan oleh penulisan keseluruhan kitab Hakim-Hakim keadaan hidup orang Israel tanpa raja dan mereka melakukan apa yang dianggap benar menurut pandangan sendiri, walaupun begitu ada juga bertanya kepada TUHAN ketika mereka berkumpul di Silo, Mizpa dan di Betel. Bani Benyamin akan pupus akibat perang saudara yang berpunca gundik orang Lewi diperkosa sehingga meninggal oleh orang jahat di kota Gibea (Bab 19) tidak dibiarkan oleh orang Israel dengan memberi juga isteri kepada saki baki orang lelaki bani Benyamin daripada perempuan penduduk Yabesh-Gilead (ay.12). Dan juga para gadis yang menari di Silo pada hari perayaan agama di sana (ay.21). Selepas peristiwa itu orang Israel kembali ke tanah pusaka mereka dan bani Benyamin meneruskan hidup dengan aman (ay.23-24) Tahun baharu 2026 sepatutnya kita melabuhkan tirai konflik dalam gereja, keluarga, tempat kerja, politik dan lain-lain sebagi kebenaran bersama. Semoga apa yang dianggap benar menurut pandangan sendiri adalah benar untuk TUHAN. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya apa yang dianggap benar menurut pandangan kami tidak bertentangan dengan kehendak-Mu. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 3.1.2026.

Comments

Popular Posts