Tabut perjanjian TUHAN diletakkan mereka di dalam pedati, bersama-sama peti berisi tikus-tikus emas dan ketumbuhan tiruan itu. Lalu lembu-lembu itu terus berjalan menuju ke Bet-Semes. Sambil terus menempuh jalan raya itu kedua-duanya melenguh-lenguh dan tidak menyimpang ke kanan ataupun ke kiri. Raja-raja kota orang Filistin itu pun mengikuti mereka sampai perbatasan Bet-Semes.
1 Samuel 6:11-12
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Menuju ke Bet-Semes"
Bab 6 kitab 1 Samuel bersambung kisah Tabut Perjanjian TUHAN yang telah dirampas oleh orang Filistin ketika perang dikembalikan kepada orang Israel, sebab mereka diserang ketumbuhan mungkin bisul (1Sam.5:9).
Mereka mengembalikan tabut itu bersama lima ketulan ketumbuhan emas dan lima tikus-tikus emas sebagi korban penebusan kesalahan orang Filistin (ay.3-4).
Dihantarlah tabut dinaikan di atas kereta lembu tanpa penunggang tetapi lembu itu terus berjalan menuju ke Bet-Semes kawasan orang Isreal (ay.12).
Maka disambutlah oleh penduduk Bet-Semes mereka membelah kereta lembu itu dan mempersembahkan lembu penarik sebagi korban bakaran kepada TUHAN (ay.15).
Hari ini Tabut Perjanjian menuju ke Bet-Semes iaitu kampung kita sendiri, apakah reaksi kita.
Semoga Tabut Perjanjian menuju ke Bet-Semes kita sambut dengan memberi persembahan kepada TUHAN.
Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami supaya seperti penduduk Bet-Semes memberi persembahan korban kepada-Mu.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 13.1.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment