Sesampainya Abigail di tempat Nabal, tampak Nabal sedang mengadakan jamuan di rumahnya seperti jamuan seorang raja. Hatinya senang, dan dia sangat mabuk. Oleh sebab itu Abigail tidak bercerita sepatah kata pun kepadanya sampai fajar menyingsing. Pagi harinya, ketika pengaruh air anggur telah hilang daripada Nabal, isterinya menceritakan hal-hal itu kepadanya. Lalu terhentilah jantungnya di dalam dadanya dan dia pun menjadi seperti batu. 1 Samuel 25:36-37 Konsapatan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Seperti jamuan seorang raja" Bab 25 kitab 1 Samuel kisah Nabal orang di maon mempunyai perusahaan di Karmel seorang keturunan Kaleb kasar dan jahat, sangat kaya ibarat Ayub sebab memiliki ribuan ternak, Abigail isterinya seorang yang bijak (ay.2-3). Pada awal bab menceritkan Samuel meninggal dunia (ay.1). Nabal mengadakan pesta mencukur bulu dombanya, Daud pun menghantar utusan meminta sesuatu daripada Nabal tetapi tidak dilayan malah disangka hamba yang melarikan diri (ay.10). Daud pun marah dan bertekad mahu membunuh Nabal dan keluarganya (ay.17). Abigail yang bijaksana berjaya memujuk Daud supaya tidak menyerang Nabal (ay.18-35). Nabal pula mengadakan jamuan seperti seorang raja hatinya senang dan sangat mabuk (ay.36). Keesokannya Abigail menceritkan kepada Nabal, jantungnya berhenti kemudian meninggalkan 10 hari kemudian (ay.37-38). Begitulah Nabal yang tidak bijaksana yang sepatutnya menjemput Daud datang ke jamuan alah raja itu berbanding mengutuknya yang mengakibatkan nyawanya melayang. Semoga jamuan kita seperti jamuan seorang raja tidak mengundang bahaya. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya jamuan kami mengundang damai sejahtera terhadap keluarga kami. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Valai Santai Horina Kota Marudu Malaysia 1.2.2026.

Comments

Popular Posts