Maka Rut mengutip bijirin di ladang sampai petang dan selepas diiriknya hasil kutipannya ada kira-kira satu efa barli. Maka dia membawa pulang hasil usahanya ke dalam kota dan Naomi melihat hasil kutipannya. Kemudian Rut mengeluarkan baki makanannya dan memberikannya kepada mertuanya. Rut 2:17-18 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Baki makanannya" Bab 2 kitab Rut bersambung kisah Rut, kali ini dia meminta izin pergi memugut bulir-bulir barli yang tertinggal oleh para pekerja penuai, kebetulan dia pergi ke ladang Boas, kerabat dekat keluarga Elimelekh mertuanya itu (ay.2-3) Menurut hukum Taurat Naomi ada hak tanah yang dijual suaminya ditebus oleh kerabat suaminya kerana dia kematian suami dan jatuh miskin (Ima.25:25). Boas sudah mengetahui siapa Rut (ay.11), dia bersikap baik terhadapnya, malah waktu makan dipanggil makan bersama dengan para pekerja penuai, Rut makan sampai kenyang dan ada makanannya yang tidak habis(ay.14), makanan itu dibawa pulang kemudian diberikan kepada mertuanya (ay.18) Terharu kisah Rut yang sangat sayang terhadap mertua, sehingga makanan yang tidak dia habiskan pun dibawakan atau mungkin sengaja tidak dihabiskan untuk mertuanya. Kisah Rut banyak mengajar kita hubungan anak menantu dan menantu, walaupun para sarjana tidak menonjolkan sisi ini. Semoga kita seperti Rut ingat mertua, baki makanannya pun dikongsi dengan mertuanya. Doa: Tuhan Yesus berikan kami hati seperti Rut sayang mertuanya. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 5.1.2026.

Comments

Popular Posts