“Semoga dia jugalah yang menjadi penyeri yang menyegarkan jiwamu dan memelihara kamu pada hari tuamu kerana menantumu yang mengasihimu dan yang lebih berharga bagimu daripada tujuh orang anak lelaki, telah melahirkannya.”
Rut 4:15
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Lebih berharga bagimu daripada tujuh anak lelaki".
Bab 4 kitab Rut merupakan penutup kitab, kisah berakhir dengan kegembiraan oleh Naomi yang sebelum ini sangat menderita.
Semuanya berlaku sebab Boas menebus Naomi yang ada Rut, pada hari itu juga selepas saudara terdekat Elimelekh enggan menebus Naomi kalau ada Rut untuk dijadikan isteri demi kelangsung keturunan Elimelekh (ay.6).
Rut diambil Boas sebagi isteri dan melahirkan anak lelaki yang dinamakan oleh kawan-kawan Naomi Obed (ay.17). Mereka juga memuji Rut menantunya yang mengasihi Naomi kata mereka ia lebih berharga daripada tujuh orang anak lelaki (ay.15).
Rut telah mengangkat martabat wanita malah wanita asing tidak seperti isteri Esau yang tidak disukai Ishak (Kej.28:8).
Bukan soal ramai atau sedikit, lelaki atau perempuan, menantu atau anak sendiri malah anak angkat sekali pun tetapi sikap anak atau menantu yang menjadi bernilai kepada keluarga, seperti Rut.
Semoga kita memperolehi seorang anak atau menantu yang lebih berharga bagimu daripada tujuh orang anak lelaki.
Doa: Tuhan Yesus berikan kami Rut dalam keluarga kami.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 7.1.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment