Kata Saul, “Katakanlah kepada Daud begini, ‘Raja tidak menghendaki mahar selain seratus keping kulit kulup orang Filistin sebagai pembalasan kepada musuh-musuh raja.’ ” Sesungguhnya, Saul berharap akan tumpaslah hendaknya Daud di tangan orang Filistin. Apabila kata-kata raja itu disampaikan kepadanya, Daud pun memandang baik perihal menjadi menantu raja. Maka sebelum genap harinya,
1 Samuel 18:25-26
Konsapatan dan selamat beribadah bertemu lagi renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Menjadi menantu raja"
Bab 18 kitab 1 Samuel bersambung lagi kisah Daud, Saul dan Yonatan. Selepas peristiwa Daud membunuh Goliat semua orang kagum terhadapnya.
Yonatan pula mengasihi Daud seperti dirinya sendiri (ay.1), Saul mengambil dia menjadi orangnya (ay.2).
Roh jahat datang lagi menggangu raja Saul, ketika Daud sedang bermain muzik Saul melontarkan tombak sebanyak dua kali tetapi Daud dapat menggelak (ay.10-11).
Saul cemburu kepada Daud kerana dia dipuji lebih-lebih oleh para perempuan menyambut mereka selepas pulang dari berperang berbandingnya (ay.6-7).
Saul cuba membunuh Daud dengan memacing upah sebagi menantu raja seratus kulit kulup orang Filistin (ay.25), Daud pula memandang baik menjadi menantu raja (ay.26).
Kita lihat perempuan memang jerat Daud dari masa mudanya, upah membunuh Goliat juga ada perempuan disebut (1Sam.17:25)
Kita juga perlu berhati-hati dengan jerat agar tidak mudah terpancing menjadi menantu raja pada hal rancangan iblis mahu membunuh karakter rohani atau pekerjaan kita.
Semoga kita berhati-hati pancingan Iblis menjadi menantu raja.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak jatuh dalam jerat menjadi menantu raja.
Sejahtera selalu.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 25.1.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment