Tetapi beberapa orang yang jahat berkata, “Mana mungkin orang ini mampu menyelamatkan kita?” Mereka meremehkan Saul dan tidak mahu membawa persembahan kepadanya. Namun begitu, Saul berdiam diri sahaja. 1 Samuel 10:27 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Mereka meremehkan Saul" Bab 10 kitab 1 Samuel bersambung kisah Saul, dia diurapi sebagai raja Israel oleh Samuel atas perintah TUHAN (ay.1). Kemudian beberapa tanda dari Samuel untuk Saul terjadi pada hari itu juga (ay.9), antara yang paling penting Roh TUHAN turun ke atas Saul di Gibea ketika dia bertemu dengan serombongan nabi yang turun dari bukit pemujaan di Gibea (ay.5-6). Rupanya selain di Silo, Gilgal, Betel dan Mizpa di Gibea juga ada tempat pemujaan sebelum wujud bait suci di Yerusalem. Kemudian Saul ditabalkan menjadi raja Isreal di Mizpa di hadapan rakyat (ay.20-25). Kemudian Saul pulang ke Gibea disertai warga yang gagah perkasa (ay.26) tetapi ada juga beberapa orang yang jahat meremehkan Saul (ay.27). Walaupun pilihan TUHAN tetap juga ada yang meremehkan. Hari ini meremehkan pemimpin tetapi ada, baik pemimpin dunia mahu pun rohani. Itulah cabaran pertama seorang pemimpin bersedia disanjung dan diremehkan. Semoga kita tidak seperti mereka meremehkan Saul. Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami supaya tidak meremehkan orang lain. Sejahtera selalu. ๐ŸŽš️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 17.1.2026.

Comments

Popular Posts