Setelah selesai Daud menyampaikan hujah itu kepada Saul, berkatalah Saul, “Adakah itu suaramu, anakku Daud?” Kemudian Saul pun menangis dengan suara nyaring. Katanya kepada Daud, “Engkau lebih benar daripada aku, kerana engkau telah berbuat baik terhadap aku, padahal aku berbuat jahat terhadap engkau.” 1 Samuel 24:16-17 Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Engkau lebih benar" Bab 24 kitab 1 Samuel bersambung kisah Saul memburu Daud kali ini membawa 3 ribu orang Israel terpilih (ay.2), bukan sebarang askar tetapi terpilih. Dalam perburuan itu entah macam mana gua tempat Saul berehat di situ jugalah Daud berada di dalam gua itu. Ketika Saul tidur Daud berpeluang membunuh Saul, tetapi dia enggan melakukan segan kerana Saul dipilih oleh TUHAN (ay.6), Daud hanya memotong hujung jubah Saul secara diam-diam (ay.4). Selepas itu Saul pun berangkat sebelum pergi jauh Daud muncul dari belakang kemudian mengatakan sesuatu tentang apa yang telah berlaku (ay.8-16), Saul sebak dia menangis dan mengatakan kepada Daud "engkau lebih benar daripada aku" (ay.17), Saul mengatakan Daud akan menjadi raja orang Isreal dan memohon Daud bersumpah agar tidak menghapuskan keturunannya (ay.21). Daud pun bersumpah (ay.22). Saul memang ada kecelaruan personaliti, sekejap saja berubah, daripada sangat yakin menjadi sangat lemah. Bukankah dia ada 3 ribu askar terbaik kenapa tidak menangkap dan membunuh Daud saat itu juga, kenapa perlu mendengar dia. Begitulah sikap manusia ada kalah begitu yakin ada kalah sangat lemah malah bayang-bayang sendiri pun takut. Semoga kita sedar engkau lebih benar kerana tidak membunuh Saul. Doa: Tuhan Yesus tolong kami ketika dalam keadaan lemah supaya mengaku engkau lebih benar daripada aku kepada Daud. Sejahtera selalu. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 31.1.2026.

Comments

Popular Posts