dan Pinehas anak Eleazar anak Harun menjadi imam Allah pada waktu itu. Kata mereka, “Haruskah kami mara sekali lagi untuk berperang melawan bani Benyamin, saudara kami itu, atau haruskah kami hentikan peperangan ini?”
Jawab TUHAN, “Majulah, kerana esok Aku akan menyerahkan mereka ke dalam tanganmu.”
Hakim-Hakim 20:28
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi hari ini kita belajar tema "Majulah!"
Bab 20 kitab Hakim-Hakim bersambung kisah orang Lewi yang kematian gundik itu mendapat perhatian oleh seluruh orang Israel, mereka berkumpul di Mizpa (ay.1), setelah mendengar cerita orang Lewi tersebut umat Israel pun mahu menyerang kota Gibea, tetapi sebelum itu mereka menghantar utusan agar penjahat yang membuat ona ditangkap dan diserahkan kepada mereka, tetapi penduduk kota Gibea tidak berbuat demikian malah bani Benyamin dari kota-kota lain berkumpul di Gibea mahu menyerang orang Israel (ay.13-14).
Berlakulah perang sehingga dua kali tetapi orang Israel dikalahkan, mereka bertanya kepada TUHAN haruskan meneruskan peperangan atau berhenti (ay.28)
Kata TUHAN "Majulah!"
Mereka pun maju untuk kali ketiga dan berjaya mengalahkan bani Benyamin.
Mungkin kita sendiri beberapa kali gagal dan hampir putus asa, tetapi entah macam mana akhirnya berjaya pada kesekian kali percubaan.
Semoga kita tidak putus asa majulah pada tahun baharu mungkin tahun kejayaan untuk anda.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya maju dengan restu-Mu.
Sejahtera selalu.
Selamat tahun baharu 2026.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 2.1.2026.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment