BMDC IMAMAT 27:28-29 Tiada seorang pun boleh menjual ataupun menebus apa yang sudah dikhaskannya tanpa syarat untuk TUHAN, sama ada manusia, binatang, ataupun tanah. Semua itu menjadi milik TUHAN selama-lamanya. Bahkan manusia yang sudah dikhaskan tanpa syarat untuk TUHAN, tidak dapat ditebus; orang itu mesti dibunuh. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Milik TUHAN selama-lamanya" Bab 27 kitab Imamat bab terakhir, semua yang dicatat oleh penulisan adalah perintah TUHAN sendiri yang diberikan kepada Musa di gunung Sinai untuk umat Israel (ay.34), bukan untuk umat lain, adakah umat Kristian termasuk? tidak sama sekali. Antara perintah TUHAN yang disebut dalam bab ini ialah tentang nazar kepada TUHAN yang disebut oleh seseorang, mesti ditunaikan, boleh ditebus kalau bersyarat tetapi kalau tidak bersyarat tidak boleh ditebus. Seperti manusia, binatang atau tanah, menjadi milik TUHAN selama-lamanya (ay.28) Nabi Samuel juga nazar ibunya kepada TUHAN, sebab itu dia diserahkan kepada imam dan menjadi pelayan di rumah TUHAN di Silo (1 Sam.1:11) walaupun dia bukan keturunan imam. Nazar boleh mengubah keadaan biasa kepada luar biasa, kerana menjadi milik TUHAN selama-lamanya. Hari ini kita tidak ikat dengan peraturan nazar, walau bagaimanapun perlu berhati-hati mengatakan sesuatu kepada TUHAN supaya tidak rasa bersalah kalau gagal menunaikan. Semoga kita ingat nazar atau janji kita kepada TUHAN itu milik TUHAN selama-lamanya atau dengan kata lain utang kita kepada TUHAN. Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami supaya dapat menunaikan nazar kami kepada-Mu. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 10.9.2025.

Comments

Popular Posts