BMDC IMAMAT 21:5-6
Seorang imam tidak boleh membotakkan bahagian mana pun kepalanya, atau menggunting janggutnya, atau melukai tubuhnya untuk menunjukkan bahawa dia berkabung. Seorang imam harus suci dan tidak boleh menghina nama-Ku. Dia mempersembahkan persembahan makanan kepada-Ku, kerana itu dia harus suci.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Dia harus suci" Bab 21 kitab Imamat peraturan tentang para imam, mereka perlu menjaga kesucian, tidak boleh berkabung atau melawat rumah yang ada kematian (ay.11-12). Tidak boleh menghadiri penguburuan kecuali ibu bapanya, anaknya atau adik beradik lelaki dan perempuan yang belum berkahwin (ay.1-3).
Para imam hanya boleh berkahwin dengan anak dara di kalangan keluarga imam sahaja (ay.13-14). Mereka juga tidak boleh ada kecacatan pada tubuh, kalau ada mereka tidak boleh masuk dalam Khemah TUHAN atau mempersembahkan korban (ay.18-23). Begitulah peraturan para imam mereka dikhas berada di Khemah TUHAN tidak boleh meninggalkan khemah itu.
Hari ini ramai yang ditahbis sudah tentu ada perbezaan gaya hidup berbanding dengan mereka yang tidak, antaranya tidak boleh berzina, mabuk, bercerai dan sebagai. Walaupun tidak disebut sebagai larangan tetapi demi kesucian orang itu sendiri.
Semoga kita tahu mereka yang ditahbis dia harus suci selama hidupnya di mana saja berada.
Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami supaya dapat menjaga kesucian.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 4.9.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment