BMDC BILANGAN 7:2-3 Kemudian para pemimpin puak yang menjadi pemimpin dalam suku-suku Israel, iaitu orang yang bertanggungjawab atas pembancian itu, membawa persembahan mereka kepada TUHAN: enam buah kereta lembu dan dua belas ekor lembu, sebuah kereta lembu disumbangkan oleh dua orang pemimpin, dan seekor lembu disumbangkan oleh setiap pemimpin. Setelah mereka mempersembahkan semua itu, Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Disumbangkan oleh setiap pemimpin" Bab 7 kitab Bilangan kisah para pemimpin suku memberi sumbangan berupa kereta lembu dan lembu (ay.3). Salah satu tanggungjawab pemimpin walaupun tidak wajip tetapi wajar memberi sumbangan kepada Khemah TUHAN, sebagai salah satu cara kepimpinan melalui tauladan. Pengaruh yang sangat kuat berbanding kata-kata. Hari ini mungkin kita seorang pemimpin bersediakah memberi sumbangan sebagai tauladan kepada jemaah yang kita pimpin. Semoga kita mencontohi sikap para pemimpin suku Israel kereta lembu dan lembuh disumbangkan oleh setiap pemimpin mereka. Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami supaya mampu memberi sumbangan. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 17.9.2025.

Comments

Popular Posts