BMDC BILANGAN 11:33-34
Sementara masih banyak daging burung puyuh, TUHAN murka kepada umat itu dan mendatangkan wabak kepada mereka. Tempat itu dinamakan Kibrot-Taawa yang bererti “Kuburan Kerakusan” kerana di situlah mereka menguburkan orang yang mati kerana rakus.
Konsapatan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Kuburan kerakusan" Bab 9 kitab Bilangan kisah TUHAN memberikan sebahagian kuasa yang telah diberi kepada Musa kepada 70 pemimpin yang dipilih oleh Musa untuk membantunya (ay.16), tanpa kuasa TUHAN seseorang tidak mampu memimpin umat.
Kemudian dalam masa yang sama ada orang asing yang tinggal bersama orang Israel mahu memakan daging (ay.4), TUHAN memberi mereka makan daging dengan mendatangkan burung puyuh, orang asing menangkap burung puyuh tidak kurang dari seribu kilogram seorang (ay.32), bayangkan betapa rakusnya orang asing itu. TUHAN mendatangkan wabak kepada mereka (ay.33), tempat itu mereka namakan "Kuburan Kerakusan".
Hari ini jangan lagi ada kerakusan ingin memakan daging sehingga seribu kilogram seorang yang cukup dimakan untuk seribu orang, sehingga menyebab keracunan makanan dan membawa maut.
Semoga kita tidak tergolong dalam kuburan kerakusan makan daging.
Doa: Tuhan Yesus ajar kami tidak rakus makan daging.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 21.9.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment