Bilangan 18:5-6 Hanya engkau dan anak-anak lelakimu boleh melakukan tugas di dalam Bilik Suci dan di mazbah, supaya Aku tidak murka terhadap umat Israel. Sesungguhnya, Akulah yang sudah memilih sanak saudaramu orang Lewi di kalangan umat Israel, supaya mereka menjadi pemberian bagi kamu. Mereka sudah ditahbiskan untuk Aku supaya mereka dapat melakukan tugas di Khemah-Ku. Konsapatan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Melakukan tugas di dalam Bilik Suci" Bab 18 kitab Bilangan pertama kali TUHAN berfirman kepada Harun sahaja, ini tentang pekerjaan di Khemah TUHAN orang Lewi dan Harun dan anak lelakinya bertanggungjawab atas pekerjaan imam (ay.1). Pilihan TUHAN itu penting, tiada yang dapat melakukan pekerjaan di Khemah TUHAN atau di Bilik Suci atau Bilik Maha Suci tanpa dipilih. Hari ini para pelayanan gereja pun masih dipilih oleh TUHAN, sama ada sepenuh masa atau sukarela. Semoga kita menghormati pilihan TUHAN melakukan tugas di Bilik Suci jangan persoalkan. Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami supaya dapat melakukan pekerjaan di gereja sesuai panggilan kami. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 28.9.2025.

Comments

Popular Posts