Bilangan 21:23-24
Tetapi Raja Sihon tidak membenarkan umat Israel melintasi tanah baginda. Raja Sihon mengumpulkan tenteranya lalu pergi ke Yahas untuk menyerang umat Israel di kawasan gurun itu. Tetapi dalam pertempuran itu umat Israel membunuh banyak askar Amori. Oleh itu umat Israel menduduki negeri mereka, dari Sungai Arnon sampai ke Sungai Yabok di utara, iaitu sempadan kawasan orang Amon, kerana pertahanan di sempadan Amon sangat kuat.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Raja Sihon tidak membenarkan" Bab 21 kitab Bilangan kisah beberapa tempat laluan orang Israel, mereka juga bersungut-sungut dalam perjalanan sehingga TUHAN menghukum mereka dengan ular berbisa, tetapi TUHAN menolong menyembuh dengan ular gangsa, sesiapa saja yang dipatuk ular kalau memandang ular gangsa itu sembuh (ay.9).
Dalam perjalanan orang Israel raja Sihon tidak membenarkan mereka melalui negerinya kemudian menyerang, tetapi orang Israel mengalah raja Sihon dan Og (ay.21-35).
Begitulah jahatnya setengah negara dan orang tertentu tidak membenarkan kita melalui tanah mereka malah ada yang menyerang.
Semoga kita tidak seperti raja Sihon tidak membenarkan orang Israel melalui negerinya walaupun lalu dengan aman.
Doa: Tuhan Yesus jauhkan daripada kami sikap tidak membenarkan orang lain melalui tanah kami.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 1.10.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment