Bilangan 17:10-11 Kemudian TUHAN berfirman kepada Musa, “Letakkanlah semula tongkat Harun di depan Tabut Perjanjian. Tongkat itu harus disimpan sebagai amaran kepada orang Israel yang suka memberontak, bahawa mereka akan mati jika mereka tidak berhenti bersungut-sungut.” Musa melakukan apa yang diperintahkan TUHAN. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Tidak berhenti bersungut-sungut" Bab17 kitab Bilangan kisah TUHAN menunjukkan mukjizat tongkat Harun berbunga dan berbuah badam yang sudah tua (ay.8) berbanding tongkat yang mewakili suku yang lain tidak berbuah. Tongkat itu kemudian diletakan di depan Tabut Perjalanan sebagai amaran terhadap orang yang suka memberontak, bahawa mereka akan mati kalau tidak berhenti bersungut-sungut (ay.10). Hari ini jangan lagi kita suka bersungut-sungut terhadap pemimpin sebab mereka itu adalah wakil TUHAN. Semoga kita tidak seperti orang Israel tidak berhenti bersungut-sungut terhadap Musa. Doa: Tuhan Yesus berikan kami hati yang tidak bersungut-sungut terhadap pemimpin kami. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 27.9.2025.

Comments

Popular Posts