BMDC BILANGAN 6:18
Orang Nazir itu harus mencukur rambutnya di pintu Khemah TUHAN, lalu melemparkan rambutnya itu ke dalam api yang sedang membakar korban untuk memohon berkat TUHAN.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Orang Nazir" Bab 6 kitab Bilangan peraturan orang yang mengkhaskan diri sebagai orang Nazir, lelaki atau perempuan, tidak boleh mencukur rambut dan
menjaga diri seperti seorang imam dan berpantang seperti tidak boleh minum minuman keras atau makan atau minum dibuat daripada buah, kulit atau biji pokok anggur atau kismis (ay.2-4).
Selepas cukup tempoh nazirnya orang itu membawa korban untuk penyucian dan mencukur rambut di depan Khemah TUHAN kemudian mencampakkan ke dalam api yang membakar korban memohon berkat (ay.18).
Begitulah peraturan orang Nazir, mungkin ada yang pernah mengkhaskan diri kepada TUHAN kerana ada sesuatu permohon yang sangat mendesak, saya pernah selama 9 bulan bernazar. Syukur TUHAN mengabulkan doa saya, selama itu saya tidak gunting rambut.
Semoga kita belajar mengkhaskan diri sebagai orang Nazir demi manafaat rohani dan tubuh kita.
Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami yang sedang bernazar dengarlah kami ya TUHAN.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 16.9.2025.
Selamat Hari Malaysia.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment