Bilangan 31-32
Tetapi orang lain yang menjelajahi tanah itu bersama-sama Kaleb berkata, “Tidak, kita tidak cukup kuat untuk menyerang mereka. Penduduknya lebih kuat daripada kita.” Oleh itu mereka menyebarkan khabar angin di kalangan orang Israel tentang tanah yang dijelajahi mereka. Mereka berkata, “Tanah itu tidak dapat mengeluarkan hasil yang cukup bahkan untuk penduduknya pun. Tiap-tiap orang yang kami nampak sangat tinggi,
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Tidak cukup kuat" Bab 13 kitab Bilangan kisah TUHAN menghantar 12 pengintip ke tanah Kanaan yang mewakili setiap suku (ay.1-2).
Selama 40 hari mereka menjelajah negeri itu (ay.25), mereka membuat laporan bahawa tanah yang bakal diberikan TUHAN kepada mereka kaya dan subur dan ada sedikit buah-buahan yang mereka bawa (ay.27), tetapi penduduknya sangat kuat, kota-kota bertembok tinggi dan ada manusia raksasa (ay.28). Mereka kata kita tidak cukup kuat untuk menyerang mereka (ay.31) tetapi Kaleb salah seorang pengintip mengatakan mereka cukup kuat untuk menaklukkannya (ay.30).
Kita faham kebimbangan para pengintip yang lain, kalau dengan kekuatan orang Israel memang tidak cukup kuat, tetapi TUHAN yang menyuruh mereka sudah tentu menolong orang Israel.
Hari kita pun berhadapan dengan tanah yang kaya dan subur tetapi ada penguasa yang kuat bagaikan raksasa. Tanpa pertolongan TUHAN kita tidak mampu memiliki sesuatu daripada tanah itu.
Semoga kita walaupun tidak cukup kuat tetapi kerana pertolongan TUHAN cukup kuat seperti kata Kaleb.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami menghadapi raksasa dalam kehidupan kami.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 23.9.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment