BMDC IMAMAT 20:9-10 TUHAN memberikan peraturan berikut, “Sesiapa mengutuk bapanya atau ibunya mesti dihukum mati. Orang itu mati kerana kesalahannya sendiri. Jika seorang Israel berzina dengan isteri orang sebangsanya, orang itu dan perempuan itu mesti dihukum mati. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya belajar tema "Dihukum mati" Bab 20 kitab Imamat tentang peraturan dan hukuman mati terhadap pelanggan peraturan tertentu, seperti mengutuk bapanya atau ibunya mesti dihukum mati (ay.9), siapa yang berzina juga dihukum mati (ay.10), semua larangan di bab 19 kalau dilanggar adalah hukuman mati. Begitulah keras hukum yang disebut dalam bab 20 demi mencegah orang Israel melakukan perkara yang sama dilakukan oleh penduduk Kanaan yang menjijikkan kata TUHAN (ay.23) Hari ini berapa ramai yang dihukum mati kerana pelanggan menurut hukum ini kalau digunakan, ada bahagian dunia kita menjijikkan yang patut dihukum mati, seperti merogol anak kandung bawah umur sehingga mengandung, bukankah itu menjijikkan. Semoga kita tidak melakukan perbuatan menjijikkan yang patut dihukum mati. Doa: Tuhan Yesus cegahlah kami daripada berbuat dosa yang menjijikkan. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 3.9.2025.

Comments

Popular Posts