Bilangan 16:1-3 Korah anak Yizhar, daripada puak Kehat suku Lewi, memberontak terhadap Musa. Korah disokong oleh tiga orang daripada suku Ruben, iaitu Datan dan Abiram, kedua-duanya anak Eliab, dan juga On anak Pelet, serta 250 orang pemimpin kenamaan yang dipilih oleh umat Israel. Mereka bersama-sama menghadap Musa dan Harun, lalu berkata, “Kamu sudah keterlaluan! Semua orang Israel milik TUHAN, dan TUHAN menyertai kita semua. Tetapi hai Musa, mengapakah engkau menganggap dirimu lebih tinggi daripada umat TUHAN?” Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Memberontak terhadap Musa" Bab 16 kitab Bilangan kisah pemberontakan Korah dan Yizhar daripada puak Kehat suku Lewi dan disokong oleh tiga orang dari suku Ruben iaitu Datan, Abiram dan On disertai 250 pemimpin yang dipilih oleh umat Israel (ay.1-2), sebenarnya mereka mahu menjadi imam seperti keluarga Harun (ay.10). Tetapi mereka semua dihukum mati oleh TUHAN beserta pengikutnya (ay.31-33). Tidak puas dengan pemberontakan itu umat Israel berkumpul lagi mahu memberontak (ay.41-42), TUHAN juga menghukum mereka kalau bukan Musa cepat-cepat menyuruh Harun membawa bara api dan membakar kemenyan sebagai upacara penyucian umat lebih ramai yang akan mati dihukum TUHAN (ay.47-48). Begitulah pergolakan akibat tidak puas hati tidak dipilih oleh TUHAN menjadi imam. Hari ini di gereja kita masih wujud tidak puas hati kenapa tidak ditahbis menjadi pendeta, mereka berfikir layak, tetapi itulah pilihan TUHAN. Semoga kita tidak memberontak terhadap Musa sebab mahu menjadi imam. Doa: Tuhan Yesus kesihani kami supaya tidak memberontak terhadap TUHAN kerana mahu menjadi imam. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 26.9.2025.

Comments

Popular Posts