BMDC IMAMAT 25:2
supaya memberikan peraturan berikut kepada umat Israel. Apabila kamu masuk ke negeri yang akan diberikan oleh TUHAN kepada kamu, kamu harus menghormati TUHAN dengan cara ini: Pada setiap tahun ketujuh kamu tidak boleh mengusahakan tanah.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Tahun ketujuh" Bab 25 kitab Imamat peraturan tentang tahun ketujuh (ay.2-7), tahun kelima puluh yang disebut tahun pengembalian tanah, rumah (ay.23-34) dan pembebasan abdi (ay.39-55).
Tanah juga perlu berehat, sebab itu pada tahun ketujuh tidak boleh diusahakan, tetapi tahun keenam TUHAN memberkati tanah itu menghasilkan makanan untuk 3 tahun (ay.21). Salah satu sebab kenapa orang Israel dibuang dari tanah tempat tinggal mereka kerana mengabaikan tahun rehat tanah, sehingga cukup tahun rehat iaitu selama 70 tahun, selama itulah mereka hidup di pembuangan (2 Taw.36.21).
Hari ini kita tidak lagi mengamalkan tahun rehat tanah walau bagaimana pun boleh dipraktik demi menjaga kesuburan tanah.
Semoga kita dapat memberi rehat kepada tanah pada tahun ketujuh.
Doa: Tuhan Yesus ajarlah kami memberi rehat kepada tanah.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 8.9.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment