BMDC BILANGAN 3:44-45 TUHAN berfirman kepada Musa, “Sekarang tahbiskanlah orang Lewi menjadi milik-Ku sebagai pengganti semua anak lelaki sulung umat Israel, dan tahbiskan ternakan suku Lewi untuk menggantikan anak sulung ternakan umat Israel. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Pengganti semua anak lelaki sulung" Bab 3 kitab Bilangan, membanci suku Lewi (ay.14-39), semua anak lelaki sulung umat Israel digantikan dengan orang Lewi dan semua ternak orang Lewi adalah pengganti ternak sulung umat Israel (ay.45). Orang Lewi juga dilantik menjadi pembantu imam (ay.5-13). Begitulah cara TUHAN membentuk umat Israel sebagi umat rohani yang juga dasar umat gereja pada hari ini. Semoga kita seperti orang Lewi pengganti semua anak lelaki sulung umat Israel dan menjadi pembantu yang dilantik melayani bersama imam besar kita iaitu Tuhan Yesus di gereja. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya taat melayani bersama-Mu. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 13.9.2025.

Comments

Popular Posts