Bilangan 28:3-5 Inilah persembahan makanan yang mesti dipersembahkan kepada TUHAN setiap hari: Bagi korban untuk menyenangkan hati TUHAN, diperlukan dua ekor domba jantan berumur satu tahun dan yang tidak ada cacat. Persembahkanlah seekor anak domba pada pagi hari dan seekor lagi pada petang hari; tiap-tiap korban itu harus disertai satu kilogram tepung terbaik bercampur satu liter minyak zaitun yang terbaik. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Dipersembahkan kepada TUHAN setiap hari" Bab 28 kitab Bilangan tentang korban, seolah-olah kita kembali ke kitab Imamat, mungkin penulisan atau TUHAN sendiri mahu mengulang perintah memberi korban supaya umat Israel tidak lupa. Setiap hari dua ekor domba jantan dipersembahkan seekor pada waktu pagi dan seekor lagi waktu petang bersama satu kilogram tepung terbaik, satu liter minyak zaitun terbaik dan satu liter wain dituang di atas mazbah (ay.3-7). Boleh kita bayangkan kesibukan para imam dan orang Lewi setiap hari di Khemah TUHAN. Itu belum lagi pada hari Sabat, waktu perayaan dan ada umat yang mahu membawa persembahan Pengampunan Dosa dan sebagainya. Hari ini adakah kita melakukan sesuatu setiap hari untuk TUHAN, seperti berdoa, membaca firman TUHAN, membuat renungan dan sebagainya. Semoga kita ada sesuatu yang dipersembahkan setiap hari kepada TUHAN. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat melakukan sesuatu untuk-Mu setiap hari sebagai persembahan kami. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 8.10.2025.

Comments

Popular Posts