Bilangan 27:18-19 TUHAN berfirman kepada Musa, “Panggillah Yosua anak Nun. Dia seorang yang berkebolehan. Letakkan tanganmu di atas kepalanya. Suruhlah dia berdiri di hadapan Imam Eleazar dan segenap umat. Di hadapan mereka semua engkau harus mengisytiharkan Yosua sebagai penggantimu. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Yosua sebagai penggantimu" Bab 27 kitab Bilangan ada dua perkara penting berlaku, pertama tentang Zelafehad keturunan Manasye yang tidak mempunyai anak lelaki, anak perempuannya memohon kepada Musa supaya diberikan tanah pusaka walaupun mereka adalah seorang perempuan, TUHAN mendengar permohon mereka dan umat Israel harus patuh kepada hukum itu bahawa anak perempuan boleh mewarisi harta bapanya kalau tiada ada anak lelaki (ay.1-11). Kisah kedua tentang Yosua anak Nun menjadi pengganti Musa atas pilihan TUHAN bukan pilihan Musa. Hari ini walaupun kita tidak seperti Musa boleh bercakap secara terus kepada TUHAN dalam hal memilih pemimpin tetapi TUHAN masih terlibat. Tinggal lagi kita patuh atau tidak kepada pemimpin yang dipilih itu. Semoga kita mengakui Yosua sebagai penggantimu sebab itulah pilihan TUHAN. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 7.10.2025.

Comments

Popular Posts