Ulangan 1:1 Kitab ini mengandungi kata-kata yang disampaikan oleh Musa kepada umat Israel semasa mereka di padang gurun di Lembah Yordan. Lembah itu terletak di sebelah timur Sungai Yordan, dekat kota Suf, di antara kota Paran di satu sisi dan kota Tofel, Laban, Hazerot, dan Di-Zahab di sisi lain. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Kata-kata yang disampaikan oleh Musa" Kitab Ulangan siri ucapan atau kata-kata Musa kepada umat Israel ketika mereka berada di Lembah Yordan (ay.1). Boleh dikatakan misi ke tanah perjanjian sebatas menyeberangi sungai Yordan, sangat dekat mungkin boleh melihat kota Yerikho dari tempat perkhemahan mereka. Musa sendiri bertindak memberi peringatan umat Israel sebelum memasuki tanah Kanaan dalam kitab Ulangan. Sesuai nama kitab begitulah naitnya iaitu mengulangi atau memperingati umat tentang kisah perjalanan dan ajaran TUHAH yang di sebut di Gunung Sinai empat pukul tahun yang lepas. Hari ini umat diingatkan setiap minggu tentang perintah TUHAN. Semoga kita ingat perintah TUHAN sebab setiap minggu ada kata-kata yang disampaikan oleh Musa. Doa: Tuhan Yesus kami perlu diingatkan perintah-Mu saban hari. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 17.10.2025.

Comments

Popular Posts