Ulangan 13:1-3
Mungkin seorang nabi ataupun pentafsir mimpi berjanji akan mengadakan perbuatan ajaib atau mukjizat untuk mengajak kamu menyembah dan mengabdi kepada tuhan-tuhan yang tidak pernah kamu sembah. Walaupun perkara yang dijanjikan oleh nabi itu benar-benar berlaku, jangan pedulikan kata-katanya. TUHAN, Allah kamu menggunakan dia untuk menguji kamu, supaya TUHAN tahu sama ada kamu mengasihi-Nya dengan sepenuh hati atau tidak.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Jangan pedulikan kata-katanya"
Bab 12 kitab Ulangan Musa mengingatkan kembali tentang penyembahan hanya kepada TUHAN sahaja tidak ada tuhan lain.
Walaupun seorang nabi yang mengajak mala mengadakan perbuatan ajaib atau mukjizat dan walaupun perkara yang dijanjikan benar-benar berlaku (ay.1-2) jangan pedulikan kata-katanya, TUHAN menggunakan dia untuk menguji sama ada mereka benar-benar mengasihi-Nya atau tidak (ay.3).
Hari ini perbuatan ajaib atau mukjizat masih berlaku, tetapi kalau menjurus kita kepada penyembahan tuhan yang lain, jangan pedulikan kata-katanya atau menjanjikan wang, harta dan pangkat jangan pedulikan itu hanyalah ujian iman semata-mata.
Semoga kita jangan pedulikan kata-katanya para pengkhutbah yang mengajak menyembah tuhan lain.
Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami supaya tidak peduli dengan ajaran penyesat.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 29.10.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment