Ulangan 6:5-7
Kasihilah TUHAN, Allah kamu dengan segenap hati: Tunjukkanlah kasih itu dalam cara hidup dan perbuatan kamu. Jangan sekali-kali lupa akan hukum yang aku berikan kepada kamu hari ini. Ajarkanlah hukum itu kepada anak-anak kamu. Percakapkanlah hukum itu semasa kamu di rumah ataupun berpergian, semasa kamu berehat ataupun bekerja.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Percakapkanlah hukum itu"
Bab 6 kitab Ulangan Musa menghimbau hukum terutama iaitu mengasihi TUHAN dengan segenap hati (ay.5). Apalagi TUHAN sedangkan kita manusia yang lemah ini pun mahu paling tidak isteri atau suami agar mengasihi kita sepenuh hati. Itu memang wajar. Musa juga mahu umat Israel mengajarkan hukum itu kepada anak mereka di mana pun mereka berada baik di rumah atau berpergian, sedang bekerja atau berehat (ay.7). Mala menulis hukum itu pada tiang pintu dan tiang pagar (ay.8)
Hari ini gereja tidak berhenti mengajar anak-anak kita tentang hukum mengasihi TUHAN dan orang lain, kesan daripada itu yang paling ketara di perkampungan orang Kristian yang saleh tidak ada pencuri dan tidak ada perompak.
Bukankah itu menyebabkan kita boleh tidur nyenyak kerana aman damai.
Semoga kita percakapkanlah hukum itu walaupun di mana kita berada ia itu mengasihi TUHAN dengan segenap hati dan mengasihi orang lain seperti diri sendiri.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat mempercakapkan dan melakukan hukum kasih di mana saja kami berada.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 22.10.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment