Bilangan 22:6
Mereka lebih kuat daripada kami. Oleh sebab itu datanglah untuk mengutuk mereka bagi beta, supaya mudah-mudahan kami dapat mengalahkan mereka dan mengusir mereka dari tanah kami. Beta tahu bahawa orang yang kamu berkati akan mendapat berkat, dan orang yang kamu kutuk akan mendapat kutuk.”
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Orang yang kamu berkati akan mendapat berkat" Bab 22 kitab Bilangan kisah raja Balak raja Moab mengupah Bileam untuk mengutuk orang Israel, ini antara kisah yang terkenal dalam kitab Bilangan malah di Perjanjian Lama.
Menarik sebab Bileam orang yang berkemampuan mengutuk dan memberkati orang lain malah berlaku seperti itu (ay.6), mungkin sudah terbukti pada zaman mereka.
Tetapi Bileam tidak semberangan dia hanya menurut perintah Tuhan (Elohim), iaitu Tuhan yang disembah oleh orang Israel, (ay.12-13) malah menyembut Tuhan itu TUHAN (Yahweh).
Begitulah hebat peribadi Bileam ini.
Hari ini walaupun kita tidaklah seperti Bileam dapat memberkati dan mengutuk atas perintah TUHAN, tetapi kita ada kemampuan berdoa memohon berkat dan juga memohon hukuman terhadap orang yang tidak baik terhadap kita.
Semoga kita memohon berkat untuk orang lain sebab orang yang kamu berkati akan mendapat berkat daripada TUHAN.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya dapat berdoa memohon berkat terhadap orang lain.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 2.10.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment