Ulangan 7:1-2
“TUHAN, Allah kamu akan membawa kamu ke tanah yang akan kamu duduki, dan Dia akan mengusir banyak bangsa dari tanah itu. Semasa kamu bergerak maju, Dia akan mengusir tujuh bangsa yang lebih besar dan lebih kuat daripada kamu: orang Het, Girgasi, Amori, Kanaan, Feris, Hewi, dan Yebusi. Apabila TUHAN, Allah kamu menyerahkan bangsa-bangsa ini kepada kamu, dan kamu mengalahkan mereka, kamu mesti membunuh mereka semua. Jangan ikat perjanjian dengan mereka, dan jangan kasihani mereka.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Mengusir tujuh bangsa"
Bab 7 kitab Ulangan Musa menghimbau perintah TUHAN tentang penghukuman tujuh bangsa yang tinggal di tanah Kanaan kerana kejahatan moral dan penyembahan mereka kepada berhala. Tujuh bangsa itu ialah orang Het, Girgasi, Amori, Kanaan, Feris, Hewi dan Yebusi (ay.1), bangsa ini mesti dipunahkan tidak boleh mengikat perjanjian atau berkahwin dengan mereka (ay.2).
Hari ini konsep satu bangsa di tanah perjanjian hampir mustahil, akibat usaha tersebut perang tidak berhenti.
Gereja perlu bijak bertindak jangankan tujuh bangsa sedang satu bangsa pun yang mengherit kita kepada penyembahan tuhan lain cukup menyiksakan.
Semoga kita dapat mengusir tujuh bangsa iaitu tujuh tuhan lain yang disembah manusia, harta, pangkat, alkohol, dadah, kesombongan, agama tanpa kasih, seks luar pernikahan dan banyak lagi.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya tidak terjebak dengan tujuh bangsa itu.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 23.10.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment