Ulangan 15:4-6 TUHAN, Allah kamu akan memberkati kamu di tanah yang diberikan-Nya kepada kamu. Tidak seorang pun daripada bangsa kamu akan menjadi miskin, jika kamu taat kepada TUHAN, Allah kamu, dan dengan teliti melaksanakan segala perkara yang aku perintahkan kepada kamu hari ini. TUHAN akan memberkati kamu sebagaimana yang dijanjikan-Nya. Kamu akan meminjamkan wang kepada banyak bangsa, tetapi kamu sendiri tidak akan meminjam daripada sesiapa pun. Kamu akan menguasai banyak bangsa, tetapi tiada satu bangsa pun akan menguasai kamu. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Menguasai banyak bangsa" Bab 15 kitab Ulangan Musa mengingatkan kembali umat Israel tentang tahun penghapus hutang iaitu setiap tahun ketujuh (ay.1-2) mengikuti kalender mereka. Hamba juga dibebaskan setelah enam tahun bekerja bagi tuannya (ay.12), tetapi kalau hamba itu tidak mahu meninggalkan tuannya maka tindiklah telinganya dia akan menjadi hamba seumur hidup. Pada zaman dahulu seseorang yang bertindik telinga tanda seorang hamba. Kalau umat Israel setia mengikuti perintah TUHAN itu, mereka akan diberkati salah satu berkat yang disebut mereka menguasai banyak bangsa dan mereka tidak dikuasai oleh bangsa lain. Hari ini selagi mereka taat kepada TUHAN bangsa mereka tidak mampu dikuasi oleh bangsa lain. Semoga kita menguasi banyak bangsa dengan kasih bukan tipu muslihat atau senjata perang. Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami supaya menggunakan kasih sebagai alat menguasi dunia. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 31.10.2025

Comments

Popular Posts