Bilangan 36:10-12
Oleh itu anak-anak perempuan Zelafehad iaitu Mahla, Tirza, Hogla, Milka, dan Noa pun melakukan apa yang diperintahkan TUHAN kepada Musa. Mereka berkahwin dengan saudara sepupu mereka sendiri. Mereka berkahwin dengan orang daripada puak-puak suku Manasye anak Yusuf. Dengan itu, tanah pusaka mereka tetap dimiliki suku bapa mereka.
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Berkahwin dengan saudara sepupu" Bab 36 kitab Bilangan bab terakhir kitab ini, pentutupnya ialah lanjutan kisah anak Zelafehad tidak dibenarkan berkahwin dengan lelaki dari suku lain, hanya dari suku Manasye sahaja untuk mengelak tanah pusaka suku Manasye berpindah pada suku lain (ay.10-12).
Suatu masa dahulu dalam suku kita ada juga yang berfikir seperti itu, tetapi sekarang tidak lagi, anak perempuan pun diberi harta pusaka. Walaupun begitu tidak salah mempertahan tanah pusaka diberikan kepada waris sebab mungkin di tanah itulah kubur para nenek moyang, maka cucu cicit tahu asal usul mereka apabila mengetahuinya, itulah yang akan membentuk jati diri yang kuat.
Semoga berkahwin dengan saudara sepupu tidak dipandang kolot demi kelangsung warisan keluarga.
Doa: Tuhan Yesus warisan kami ialah imam kepada-Mu yang kami wariskan kepada anak cucu kami.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 16.10.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment