Ulangan 14:28-29 Pada akhir setiap tahun ketiga, bawalah persembahan persepuluhan daripada segala hasil tanaman kamu dan simpanlah semuanya di dalam kota-kota kamu. Makanan itu untuk orang Lewi kerana mereka tidak mempunyai harta milik. Makanan itu juga untuk orang asing, anak yatim piatu, dan balu yang tinggal di kota-kota kamu. Mereka boleh datang dan mengambil segala yang diperlukan mereka. Buatlah demikian, maka TUHAN, Allah kamu akan memberkati kamu dalam segala usaha kamu. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi hari ini kita belajar tema ”Makanan untuk orang Lewi" Bab 14 kitab Ulangan Musa mengingatkan kembali umat Israel tentang cara berkabung yang dilarang oleh TUHAN (ay.1-2), kemudian tentang binatang haram dan halal (ay.3-21). Kemudian tentang makanan untuk orang Lewi, orang asing, anak yatim piatu dan balu (ay.27-29), cara penyediaan makanan itu dengan mengumpul persepuluhan penduduk kota di kota masing-masing setiap 3 tahun. Hukum Taurat tidak menetapkan upah berbentuk wang kepada orang Lewi mereka juga tidak mendapat banyak bahagian dari daging korban tidak seperti para imam. Sebab itu persepuluhan diwujudkan untuk orang Lewi dalam bentuk makanan. Hari ini kita ada gembala penuh masa, mereka dibayar gaji supaya boleh terus hidup bukan lagi dalam bentuk makanan. Semoga kita ingat makanan untuk orang Lewi iaitu para gembala, pekerjaan penuh masa gereja dan orang yang dalam kesusahan. Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya bermurah hati memberi wang persembahan kepada gereja. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 30.10.2025.

Comments

Popular Posts