Bilangan 32:1-4 Suku Ruben dan suku Gad mempunyai sangat banyak ternakan. Apabila mereka melihat betapa baiknya tanah Yaezer dan Gilead untuk penternakan, mereka pergi menghadap Musa, Eleazar, dan para pemimpin Israel yang lain. Suku Ruben dan suku Gad berkata, “Kota-kota yang diduduki umat kita dengan pertolongan TUHAN, sangat baik untuk penternakan, iaitu kota Atarot, Dibon, Yaezer, Nimra, Hesybon, Eleale, Sebam, Nebo, dan Beon. Oleh sebab kami mempunyai sangat banyak ternakan, Konsapatan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Sangat baik untuk penternakan" Bab 32 kitab Bilangan kisah bagaimana suku Ruben, Gad dan separuh suku Manasye menduduki tanah seberang sungai Yordan (ay.13) tanah yang tidak dijanjikan diberi kepada suku Israel. Alasan mereka tanah yang sangat baik untuk penternakan (ay.4). Sesuai untuk mereka sebab sangat banyak ternak (ay.4). Perpisahan boleh berlaku dalam masyarakat atau keluarga sebab mencari kehidupan yang lebih baik, seperti suku Ruben, Gad dan separuh suku Manasye berpisah dengan 12 suku Israel yang lain sebab alasan menemukan tanah yang sangat baik untuk penternakan. Ada juga meninggalkan iman kerana menemukan sesuatu yang sangat baik pada pendapatannya. Semoga kita tidak meninggalkan iman kerana menemukan tanah yang sangat baik untuk penternakan. Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami supaya tidak goyah kerana sesuatu yang kami anggapan sangat baik. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kudat Malaysia 12.10.2025.

Comments

Popular Posts