Bilangan 35:1-3 Di dataran Moab, di pinggir Sungai Yordan, bertentangan dengan kota Yerikho, TUHAN berfirman kepada Musa, “Beritahulah umat Israel bahawa dari tanah yang diterima, mereka harus memberi orang Lewi beberapa buah kota sebagai tempat tinggal dengan padang rumput di sekitar kota. Kota-kota itu akan menjadi milik orang Lewi, dan mereka akan tinggal di sana. Padang-padang rumput itu untuk ternakan dan semua binatang lain yang dipelihara mereka. Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Kota-kota itu menjadi milik orang Lewi" Bab 35 kitab Bilangan tentang perintah TUHAN kepada Musa ketika mereka di dataran Moab bertentangan dengan kota Yerikho, supaya memberikan beberapa kota kepada orang Lewi (ay.1-3) untuk tempat tinggal dan ternakan mereka. Walaupun mereka tidak diberi bahagian tanah di Kanaan tetapi mereka ada kota mereka sendiri. Begitulah kebaikan Tuhan kepada orang Lewi, hari ini gereja perlu menyediakan para pastor kawasan tempat bercucuk tanam, berehat, bersosial dan sebagainya. Walaupun bukan mudah memberikan kepada gereja sebidang tanah khas untuk mereka, tetapi boleh diusahakan. Selain kota-kota orang Lewi ada lagi enam kota perlindungan, kegunaannya tempat pelarian pembunuhan yang tidak sengaja atau yang belum diadili (ay.9-13). TUHAN ada cara sendiri membina suatu tempat demi kebaikan orang Israel. Semoga kita bijak memberi kota-kota itu menjadi milik orang Lewi. Doa: Tuhan Yesus berikan kami tanah yang cukup untuk dijadikan kota orang Lewi. Damai sejahtera di jiwa kita. 🎚️emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Malaysia 15.10.2025.

Comments

Popular Posts