Bilangan 33:1-3
Selepas umat Israel meninggalkan Mesir, dalam barisan menurut suku masing-masing di bawah pimpinan Musa dan Harun, mereka berkhemah di beberapa tempat. TUHAN memerintahkan Musa menulis nama tiap-tiap tempat mereka berkhemah. Umat Israel meninggalkan Mesir pada hari kelima belas bulan pertama, sehari selepas Paska yang pertama. Di bawah perlindungan TUHAN, umat Israel dengan penuh keyakinan meninggalkan kota Rameses sambil disaksikan oleh orang Mesir,
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "TUHAN memerintahkan Musa menulis nama tiap-tiap tempat mereka berkhemah"
Bab 33 kitab Bilangan kisah Musa menghibau perjalanan panjang orang Israel keluar dari Mesir, atas perintah TUHAN dia menulis nama tiap-tiap tempat mereka berkhemah (ay.2). Catatan perjalanan itu telah menjadi Lima kitab yang menjadi dasar Alkitab sebab semua kitab yang lain berdasarkan ajaran lima kitab tersebut, kalau tidak ditaati hukuman TUHAN akan menimpah.
Hari ini kita hilang jejak asal usul bangsa kita sebab tidak ada tulisan tentang itu.
Menulis bukan sesuatu yang dianggap penting bagi kebanyakan orang. Malah tulisan berbentuk sejarah membosankan, tetapi bangsa Israel membuktikan kepentingan tulisan sejarah milik mereka yang akhirnya menjadi Alkitab orang Kristian.
Semoga kita seperti Musa TUHAN memerintahkan Musa menulis nama tiap-tiap tempat mereka berkhemah supaya menjadi rujukkan pada masa akan datang.
Doa: Tuhan Yesus kuatkan kami supaya paling tidak dapat menulis kisah hidup kami sendiri.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kota Kinabalu Malaysia 13.10.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment