Ulangan 8:19-20
Jangan lupa akan TUHAN, Allah kamu, dan jangan pergi kepada tuhan-tuhan lain untuk menyembah dan mengabdi kepada tuhan-tuhan itu. Aku memberi amaran kepada kamu hari ini bahawa jika kamu melakukannya juga, kamu pasti binasa. Jika kamu tidak taat kepada TUHAN, maka kamu akan dibinasakan seperti bangsa-bangsa yang akan dibinasakan-Nya apabila kamu bergerak maju.”
Konsapatan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini kita belajar tema "Kamu akan dibinasakan"
Bab 8 kitab Ulangan Musa menghimbau selama 40 tahun mereka di padang gurun tetap hidup kerana TUHAN menyediakan makan iaitu manna walaupun tiada makan di gurun TUHAN boleh menyediakan (ay.3), untuk mengajar mereka bahawa manusia tidak hidup dari roti sahaja tetapi tiap-tiap firman TUHAN (ay.3) pakaian mereka tidak usang dan kaki mereka tidak bengkak selama itu (ay.4).
Sebab itu taatilah TUHAN kalau tidak mereka akan dibinasakan seperti bangsa lain (ay.20).
Hari ini kita pun akan binasa kalau tidak taat kepada perintah TUHAN, sudah terbukti kita masih sejahtera di negara ini.
Semoga kita faham kamu akan dibinasakan kalau tidak taat perintah TUHAH iaitu mengasihi orang lain seperti diri sendiri.
Doa: Tuhan Yesus tolong kami supaya taat perintah-Mu.
Damai sejahtera di jiwa kita.
🎚️emanuelministry.blogspot.com
Kudat Malaysia 24.10.2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment